BM   |   ENG

Kanvas Belia TN50

BM  |  ENG
toggle menu
Draf untuk Maklum Balas Belia
Kanvas Belia TN50
Aspirasi Anak Muda
Malaysia untuk Tahun 2050
untuk Maklum Balas Belia
Pengenalan

Bagaimanakah Malaysia yang kita inginkan pada 2050?

Apakah perubahan yang kita mahukan dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia?

Negara bagaimanakah yang patut diwarisi oleh generasi masa depan?

Inilah antara persoalan yang kita hadapi tatkala kita semakin menghampiri garis penamat satu era pembangunan negara, iaitu Wawasan 2020, dan bakal memasuki era baru bagi tempoh 30 tahun yang akan datang atau TN50. Bagi memulakan pemikiran dan perbualan senegara tentang masa dan ketika yang penting ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah ditugaskan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk melaksanakan aktiviti pendampingan akar umbi secara meluas bersama anak-anak muda Malaysia bagi mendapatkan pendapat dan aspirasi mereka untuk masa depan negara. Inisiatif tersebut, iaitu pengumpulan aspirasi belia bagi pembangunan jangka panjang, merupakan usaha sebegini yang julung-julung kali dianjurkan di negara ini.

Mulai dari Januari 2017, kami di KBS telah mendampingi para belia menerusi pelbagai platform, dari dialog besar-besaran, bengkel kumpulan kecil ke saluran dalam talian. Sambutan yang diterima setakat ini melebihi jangkaan kami. Anak-anak muda Malaysia, dari pelbagai latar belakang, telah memberikan respon dengan sungguh bersemangat dan penuh dengan harapan untuk masa depan negara mereka. Respon yang datang terus dari hati mereka itu kami uraikan di laman web ini, iaitu versi ringkas ‘Kanvas Belia TN50' yang merumus secara singkat aspirasi-aspirasi daripada lebih 1.7 juta rakyat yang dicapai sepanjang inisiatif KBS di seluruh negara.

Versi awal 'Kanvas Belia TN50' ini diterbitkan untuk mendapatkan maklum balas akhir daripada anak-anak muda Malaysia mengenai TN50. Adakah anda mempunyai sebarang pandangan mengenai aspirasi yang dikumpulkan setakat ini, atau anda ada pendapat yang baru? Kongsikan bersama kami! Kami ingin memastikan semua pandangan diambil kira sebelum laporan ini dimuktamadkan dan diserahkan kepada Perdana Menteri pada Januari 2018 nanti. Kanvas Belia TN50 ini akan menjadi satu input yang penting dalam penggubalan dasar TN50 Kerajaan pada tahun 2018 dan seterusnya.

KBS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para belia Malaysia dan kepada rakyat lain yang berjiwa muda atas harapan dan aspirasi yang telah dikongsikan bersama dan atas komitmen mereka terhadap masa depan negara. Bersama, kita bina masa depan Negaraku.

Wawasan Baru Ini Akan Dilahirkan Oleh Rakyat
- YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia
Era-Era Utama Pembangunan Negara
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Objektif Utama
  • Membasmi kemiskinan di kalangan semua rakyat Malaysia
  • Menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan lokasi
Pencapaian Utama
52% ke 17%
Penurunan kadar kemiskinan, dari 1970 ke 1990
Penambahbaikan nisbah pendapatan antara kaum
41% ke 58%
Nisbah pendapatan Bumiputera-Cina
57% ke 78%
Nisbah pendapatan Bumiputera-India
Peningkatan ketara dalam tahap pendidikan, kemahiran, pekerjaan dan pendapatan
Wawasan 2020 (1991-2020)
Objektif Utama
  • Mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah Negara maju, mengikut acuannya sendiri
Disokong oleh:
Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
Dasar Wawasan Negara (2001-2010)
Dasar Transformasi Nasional (2011-2020)
Pencapaian Utama
17% ke < 1%
Penurunan kadar kemiskinan, 1990 ke 2016
130%
Peningkatan pendapatan per kapita dari 1991 ke 2015
Kepelbagaian ekonomi dalam industri perkhidmatan dan industri berasaskan pengetahuan
Transformasi Nasional 2050, TN50 (2021-2050)
Objektif Utama
  • Mentransformasikan Malaysia menjadi antara negara 20 teratas di dunia dalam bidang-bidang utama
konteks
Malaysia pada Tahun 2050: Beberapa Ramalan
Malaysia hari ini
Malaysia pada 2050
populasi
Jumlah penduduk
32
juta
41
juta
Umur
Umur median
28
tahun
40
tahun
urbanisasi
Kadar urbanisasi
75%
85%
tenaga kerja
Kadar penglibatan wanita
54%
64%
Pendapatan
KDNK per kapita
USD
11 Ribu
USD
48 Ribu
Perhubungan
Penembusan internet
75%
>90%
Sumber: UN World Population Prospects: The 2015 Revision; UN Statistics Division; Jabatan Perangkaan Malaysia; Universiti Malaya
Dalam bidang apakah para belia ingin melihat Malaysia sebagai antara negara 20 teratas di dunia?
Bidang-bidang yang sering diutarakan
Inovasi
KDNK per kapita
Kualiti sistem pendidikan
Penyertaan sosial
Kadar bersih pelepasan karbon
Pengagihan pendapatan
Daya saing ekonomi
Pemeliharaan alam sekitar
Keselamatan awam
Keharmonian antara kaum
Kesaksamaan jantina
Kebersihan
Kesihatan & jangka hayat
Ketelusan & keterbukaan data
Pengeksportan seni & budaya
Pembangunan manusia
Menjelang 2050, saya mahu Malaysia menjadi antara negara 20 teratas dalam...
Kongsi pandangan anda
PENDAMPINGAN
2017: Tahun Pendampingan
Belia TN50
>1.7 juta
rakyat yang didekati melalui pelbagai saluran
135
dialog peringkat daerah
>100,000
peserta-peserta dialog dan bengkel KBS
>60,000
aspirasi berlainan direkodkan sepanjang inisiatif pendampingan TN50 KBS
Beribu-ribu catatan dan respon di media sosial TN50 dan tinjauan dalam talian
Penyertaan dan percambahan fikiran yang mendalam oleh Duta Belia TN50 dan Kumpulan Masa Depan TN50
dialog “townhall” berskala besar yang diterajui KBS merentas Malaysia
Aktiviti Sepanjang 2017
Dialog kelolaan KBS
Sesi dialog yang dikendalikan oleh KBS, terbuka kepada orang awam terutamanya belia, bagi mengumpul aspirasi dan pendapat
Dialog anjuran awam
Dialog yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan bebas, terbuka kepada orang ramai bagi mengumpul aspirasi massa atau membincangkan tema yang khusus
Kumpulan Masa Depan TN50
Bengkel perbincangan mendalam bersama belia dari pelbagai latar belakang untuk mengupas aspirasi mengenai masa depan Malaysia
Stesen Undi dan Stesen Pesanan
Panel-panel besar yang ditempatkan di lokasi dialog dan lokasi-lokasi lain untuk mendapatkan undian serta pandangan mengenai tema aspirasi tertentu
Kandungan Dalam Talian TN50
Saluran elektronik termasuk laman web, media sosial dan tinjauan atas talian untuk mengumpul pandangan mengenai TN50
Siri Ekspresi TN50
Kempen-kempen dan pertandingan yang menggalakkan ekspresi anak-anak muda mengenai aspirasi TN50 dalam pelbagai bentuk seperti video pendek, esei dan logo
Kanvas Belia TN50: Bab-Bab
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aspirasi-aspirasi belia mengikut topik, sila klik bab yang berkenaan:
Bab 1
Ekonomi Dinamik, Kerjaya Memberangsangkan
Bab 2
Pendidikan untuk Masa Depan
Bab 3
Masyarakat yang Adil dan Kukuh
Bab 4
Kesihatan dan Kesejahteraan Dijadikan Asas
Bab 5
Tanggungjawab Terhadap Khazanah Semulajadi
Bab 6
TADBIR URUS YANG EFEKTIF DAN AMANAH
Bab 7
NEGARA KAYA BUDAYA DAN BERSEMANGAT JUARA