TN50x: Dialog TN50 anda, dengan cara anda.

Sepanjang tahun 2017, Kementerian Belia & Sukan akan menganjurkan Siri Dialog TN50 bagi membincang dan mengumpulkan aspirasi generasi muda tentang masa depan jangka panjang negara. Untuk melengkapi usaha ini, apa kata anda anjurkan program dialog TN50 anda sendiri, dan itulah TN50x?

Kami menjemput generasi muda Malaysia untuk menghantar kertas cadangan program TN50x mereka sendiri. Cadangan yang berbeza dan menyerlah akan berpotensi menerima sokongan daripada pihak Kementerian yang antara lain merangkumi bantuan dana, bahan penjenamaan, kehadiran wakil daripada Kementerian atau mungkin juga kehadiran dan penyertaan Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin sendiri.

Kementerian Belia & Sukan amat teruja untuk bekerjasama dengan generasi muda Malaysia yang ingin menyumbang dan sama-sama mencorak masa depan negara. Sila hantarkan cadangan anda dengan mengisi borang di bawah.
Nama penganjur – samada individu, pertubuhan atau kumpulan
Alamat E-mel
Nombor Telefon(e.g. 01xxxxxxxx)
Tajuk dialog
Keterangan jelas dan lengkap tentang tema atau topik yang akan dibincangkan
Jumlah peserta yang akan hadir serta profail atau segmen yang mereka wakili**Sebagai contoh: jantina, pendapatan, lokasi, pekerjaan, minat, dan lain-lain. Secara umum, para peserta harus terutamanya merangkumi golongan muda yang berumur 15 hingga 40 tahun.
Format dialog anda – jadilah sekreatif mungkin!
Nama penceramah, jika ada, dan profail mereka
Cadangan tarikh, masa dan tempoh dialog
Cadangan tempat
Bentuk sokongan diminta dari Kementerian, jika ada
Maklumat sokongan yang lain, jika ada
Program-program dialog TN50x harus memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Program dialog tersebut tidak digunakan bagi tujuan komersil, atau meraih keuntungan keuntungan, atau untuk mengumpul dana atau derma
  • Penjenamaan bersama antara ‘TN50x’ dan sebarang jenama lain mesti dimaklumkan kepada pihak Kementerian terlebih dahulu
  • Program Dialog yang terpilih menerima sokongan Kementerian juga mesti menghantarkan rumusan dapatan dialog yang dianjurkan kepada pihak Kementerian dalam masa 7 hari dari tarikh program dilaksanakan.
  • Penganjur program bertanggungjawab memastikan dialog yang dianjurkan bersifat membina dan sopan sepanjang acara.