Pertandingan Logo TN50

Masa depan Malaysia dibina oleh kita semua. Ekspresikan Malaysia yang anda mahu menjelang 2050 melalui Pertandingan Logo TN50!
Pertandingan Logo TN50 telah ditutup.
Terima kasih atas sokongan anda.

Logo Pilihan Tn50

Inspirasi logo yang bertemakan semangat kemasyarakatan tanpa mengira kaum. Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum seharusnya meletakkan semangat perpaduan antara kaum sebagai salah satu tanda aras sebuah negara maju. Perpaduan antara kaum yang berbagai dapat dilihat melalui logo ini di mana masyarakat dapat hidup harmoni bersama dalam sebuah negara tanpa mengira agama, bangsa mahupun warna kulit. Harapan saya adalah menjelang tahun 2050, kita dapat melihat setiap kaum dapat bergaul dengan lebih rapat dan mesra lagi serta menghapuskan diskriminasi terhadap kaum lain. Tidak sukar untuk kita 'mingle' dengan kaum lain tetapi terdapat pihak yang sering memandang jelik akan perkara ini. Justeru, adakah perkara ini perlu diabaikan begitu sahaja? Diri sendiri perlu memainkan peranan. Bak kata pepatah 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Sebagai seorang pelajar, itulah aspirasi saya menjelang tahun 2050.
Nur Syazalina Binti Zaidi
Lambang perpaduan menjadi inspirasi. Memetik kata-kata YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj yang memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan, kerana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Berteraskan tujuan TN50 untuk negara, jalur gemilang menjadi latar belakang.
Muhammad Badiuzaman Bin Mohd Sangit
Malaysia is a fast-growing country and I envision that in 30 years, Malaysia will have advanced greatly in technology but preserving its heritage and culture as well as preserving our roots so that the future generation can appreciate history, culture and our ways of life.
Reese Matthew Kam
Kemerdekaan adalah suatu kebebasan dan kebebasan itu jugalah yang membawa semangat jiwa merdeka. Dengan kemerdekaan inilah yang akan membuatkan rakyat Malaysia bersatu. Saya dan Kemerdekaan sungguh amat sukar dipisahkan walaupun untuk seketika kerana kemerdekaan inilah yang membuatkan hidup kita semua aman dan harmoni. Pertahankanlah negara kita dan perbaikilah hubungan kita sesama insan kerana ia satu kunci untuk kejayaan masa depan sesebuah negara.
Mohd Nasharizan Bin Mohd Nahar

Muhammad Amzar Bin Mohamed