Kumpulan Masa Depan TN50

Anda mempunyai aspirasi yang besar untuk masa depan Negara? Inilah peluang untuk anda berganding bahu dengan mereka yang bukan sahaja berkaliber tetapi lebih penting lagi, berjiwa besar dan berhati murni seperti anda untuk mencorak visi dan matlamat jangka panjang Negara.

Apakah Kumpulan Masa Depan TN50?

Kumpulan Masa Depan TN50 adalah program fasa kedua pendampingan belia KBS di mana para belia dan pakar digandingkan untuk:

Memperhalusi

aspirasi-aspirasi yang dikumpul dalam fasa 1 dan meneroka implikasinya untuk masa depan Malaysia.

Menyelami

aspirasi secara mendalam kearah mencadang hala tuju dan sasaran 2050 untuk Negara dari perspektif belia.

Mengenal pasti

inisiatif yang berpotensi dilaksanakan dalam masa terdekat kearah mencapai sasaran belia TN50.
Terdapat 5 Kumpulan, satu untuk setiap tema berikut:
Sila klik pada setiap Kumpulan untuk maklumat lanjut
Ekonomi &
Pekerjaan
Kehidupan &
Kesejahteraan
Tadbir Urus
 
Masyarakat
 
Gaya Hidup
 

Ekonomi & Pekerjaan

Belia Malaysia mempunyai aspirasi untuk ekonomi negara yang mampan, berpendapatan tinggi dan dipacu oleh teknologi serta menyediakan peluang pekerjaan & keusahawanan yang banyak. Belia Malaysia juga mempunyai aspirasi bagi sebuah sistem pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkesan dalam memperlengkapkan rakyatnya menghadapi cabaran dan tuntutan ekonomi tersebut.*

Kumpulan (Circle) Ekonomi & Pekerjaan mendalami aspirasi-aspirasi ini melalui tiga topik berkaitan:

Tenaga Kerja & Pekerjaan
Robot dan sistem kecerdasan buatan (AI) sedang merubah sifat kebanyakan jenis pekerjaan, mewujudkan satu dunia yang mana kita bekerja seiringan dengan mesin-mesin.
Kemahiran & Kemampuan
Kemunculan pelbagai teknologi baru sedang merubah cara pembelajaran dan apa yang kita pelajari, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat serta penyesuaian pendidikan berdasarkan keperluan dan kekuatan peribadi setiap individu.
Struktur Ekonomi
Anjakan dalam keadaan ekonomi global sedang merubah struktur ekonomi Malaysia, mendesak kita untuk terus berusaha naik ke bahagian teratas rantaian nilai dan untuk terus mempelbagaikan ekonomi kita.
Menjelang 2050 nanti, bagaimana agaknya keadaan sehari kita bekerja?
Bangun pagi dan hantar anak ke sekolah. Bilik darjah fizikal memupuk kemahiran sosial, seiring pembelajaran atas talian. Pelan pelajaran dikhususkan mengikut keperluan individu.
Berbincang dengan guru tentang minat baru anak untuk mencuba sukatan STEM berkaitan sains angkasa. Bersetuju membenarkan anak untuk merancang pelan pembelajaran dengan ‘AI’ Pakar Subjek STEM Negara.
Di tempat kerja, dengar taklimat dari pembantu ‘AI’ tentang perkembangan pasaran semalaman serta senario-senario pergerakan pasaran selanjutnya. Pertimbangkan semua senario dan luluskan tindakan pelaksanaan.
Gunakan ‘kredit peningkatan kemahiran’ (upskilling) dari Kerajaan untuk mengikuti kursus pengurusan ‘AI’ atas talian.
Hadir ke ceramah atas talian anjuran Urban Transformation Centre (UTC) untuk bertukar pendapat tentang segmen pekerjaan yang akan diambilalih ‘AI’ terbaru dan langkah-langkah persediaan.

SERTAI KAMI DAN BERSAMA KITA BENTUK MASA DEPAN NEGARA